Ok, ari tok ujong tahun, tapi aku down. Bukan down tegal aku akan beraie ngan 2009. Apa saknya nak. Aku down sebab aku bok realise ada certain urang yang aku kenal sepanjang idup aku tok nak, maseh hold grudges against me. Yerrrdehh...skeaping.
Sapakah itteww? Urang ya mpun taukla oh. Sik perlula kita mengaib atau mengglamornya lam blog aku tok. Sepatutnya aku mengglemer dikku mpun, nama gik blog aku nak.
Aku rasa berpuloh2 tahun, eh, aku down sikitnya pun nombor, berbelas2 tahun urang ya berdendam ngan aku koh. Tegal kes lamak rasanya, ney ada kes terbaru nak, aku pun jarang jumpanya, ada pun jumpa nampak bahnya sik suka ngan kita. Tang maok sik maok jak kelakar, taukku bah. Berapa dah umor kita tok nak, bukan mudak lagik, banyak dah pengalaman, jadi bila kita nangga riak muka urang, kita tauknya sik suka ngan kita.
Sebab ya aku down. Bukan bok realise ari tok adik kakak...berbulan juak aku dah perasan, cuma kedong ari tok ujong tahun, aku kira nak nutup buku lamak la kira tek nak. Tapi bila aku pikir2, sampey juak hal lamak maseh dikenang kedak ya gilak sampey aku tok kali dibenciknya sampey ke mati kali nak. Aku pun sik dapat nak molah apa2 koh, sikkan aku nak maksanya suka ngan aku, haknya nak bencik ka nak suka ka ngan aku. Cuma aku heran jak, heran aku ngan urang berdendam kesumat cemtok gilak, mun ngekot ati aku nak berdendam, aku rasa banyak gik dendam aku ngan urang. Banyak juak urang nyakit ati aku bah. Tapi mun cemya eh, seumo idup aku la nanggung rasa bencik, rasa sak ati, rasa dendam ngan urang, ngembak hati hitam seumo idup, sik tenang jiwa raga, ndakku maokkoh. Tahan juak urang idup cemya oh.
Tauk sik kitak orang cerita cikgu nyuruh miak ngembak pisang?
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci.
Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
Dolok aku pun bersifat cemtok. Berdendam ngan urang tok berdendam ngan urang ya. Bila aku terbaca artikel tok, aku terus insap (alu narit tudung penjan nutup palak). Sekdala. Insap benar2 bah..sempat juakku kakar ngesak ati sitok.
Sebab ya aku coba belajar nerimak balit urang yang aku sik suka sebelom tok. Ada la aku perasan duak tiga urang yang pernah aku berkes ngannya dolok dapat la nerimak aku (aku harap dengan hati terbukak dan ikhlas la oh). Tapi ada gik certain2 urang yang belom dapat melupak kesah lamak, zaman Beverly Hills 90210, zaman NKOTB, zaman Mithun Chakraboorthy glemer lok, zaman Maero Attack, zaman Lemon Tree, zaman Moffatts dan zaman Rika Sumanto.
Nok nama dalam kehidupan kita tok, sikla sampey mati kita cemyaaa ajak nak, makin tua kita makin berakal, tauk nok ney bagus nok ney sik bagus, nak ngata aku sorang jaik dolok pebulak besar gilak, nok aku difitnah urang ya mun aku nak berdendam, nakka makan sumpah tujuh keturunan urang ya leh aku nak. Tapi nok nama fitnah tokla munoh gilak, urang nok sik tauk hal sebenar maseh mikir aku yang salah. Sik hal, kesah lamak, dolok pikiran semua lom center, gik bengkang bengkok, aku paham, sebab aku pun melalui jaman jepon menjajah melaya bah.
Tapi yang aku sik paham, adakah dengan membencik urang dan berdendam kesumat Rika Sumanto membuatkan kehidupan kita akan jadi lebih baik anak2? Adakah kita mok mengajar generasi baru berdendam juak? Sanggup kita nanggar anak kita, adik beradik kita, berdendam dan didendam urang? Kerana kita mbak palak berdendam, bencik ngan urang, terpikir sik kita yang kehidupan tok macam roda2 kotaraya, roda kereta kuda waima kereta teng sekalipun, sekejap di atas sekejap kenak pirit roda?
Sampey bila adik kakak?! Teringat aku zaman aku berbahas dolok eh. Mejin bila aku madah 'sampey bila' ya serta ngan muka berdengah, tangan diangkat2, arumbulak rasa nak ngangkat kaki sekali kotan nak nekan word 'sampey bila' ya. Terkenang gik aku zaman ya aku kede tegal kakiku terkait wayar mikrofon masa nak turun dari pentas sekolah, sekolah urang gik ya. Kakya mikrofon ya terempas alu masok ICU leh aku. Bayangkan giney muka aku masa ya, wonanya adala kedak burit tikus, mirah menyala jak.
Kedong umo ku dah nak masok angka 3 tok nak, akal aku pun mestila makin panjang, sikkan makin pendek, sot kata urang kampong kamek. Jadi, dengan resminya, saya MINTAK AMPUN DAN MINTAK MAAF DARI PUN RAMBUT SAMPEY KE DAKIK LAM JARI KAKI ATAS KESALAHAN2 YANG TELAH SAYA LAKUKAN DARI SAYA STAT BERNAPAS SAMPEY LA KINEK TOK. SEKIRANYA KITAK ORANG SUDI MEMAAFKAN SAYA, SAYA BERTERIMAK KASEH LA DARI PUN RAMBUT SIK BERDYE SAMPEY KE UJONG KASUT BATA. SAPA2 YANG MASEH SIK DAPAT MEMAAFKAN SAYA, SAYA PUN SIK DAPAT NAK MOLAH APA2, HAK KITAK ORANGLA NAK, TAPI SAYA BERDOA LA MOGA KITAK URANG AMAN SEJAHTERA BILA HIDUP DENGAN PERASAAN BENCIK DAN DENDAM SEUMOR HIDUP TERHADAP SAYA TOK.
Power sik word aku? No, I really mean it. Guro2 juak, emo2 juak, tapi nok benar tetap benar bah, nok bulak2 nang antap bulak la nak. Okla, aku nak molah kerja gik tok, ari tok last aku kerja, pas ya aku cuti. Sempat juak berblog. Nak mati leput, kaktok lungkar langker molah kerja, paloi yang amat.
Ciao....